fbpx

Contoh Kiraan Pembahagian Harta Pusaka Melalui Kaedah Faraid

Pengiraan Pembahagian Harta Pusaka Melalui Kadah Faraid

Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Jadi tak usahlah kita pura-pura lupa dengan realiti ini. Kita perlu sentiasa mengingati mati kerana bukan sahaja ia melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT Maha Pencipta, tak lupa juga hubungan kita dengan mereka yang masih hidup yang kita tinggalkan di dunia ini.

Antara perkara paling jelas berhubungan dengan mereka yang masih hidup setelah kita mati ialah berkenaan peninggalan harta benda kita. Islam menetapkan syariat yang jelas berdasarkan Al Quran berkenaan isu ini kerana ia adalah perkara yang amat penting untuk diuruskan sebaik mungkin.

Kaedah Faraid

Mengikut hukum syara, Faraid ialah kaedah pembahagian harta apabila seseorang muslim meninggal dunia. Dari kaedah bahasa Faraid bermaksud KETETAPAN. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (terutama sekali waris-waris) untuk selesaikan.

Faraid ialah ketetapan syara dan antara waris yang layak termasuklah:

Anak
Isteri
Suami
Ibu Bapa
Dan Lain-lain

Kaedah Faraid menjelaskan bahawa pembahagian harta pusaka arwah kepad waris yang layak ini dilakukan setelah:
1- Kos pengurusan jenazah
2- Melangsaikan segala hutang arwah juga termasuk Zakat, Nazar dan lain2
3- Menunaikan wasiat arwah yang dibenarkan mengikut syara

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang, dan lain-lain),
Barang kemas (emas, perak, dan lain-lain),
Insuran, saham, bon, tunai (sama ada dilabur atau tak),
Tanah, kebun, ladang, dan lain-lain,
Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau, dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Pembahagian Faraid

Berikut saya ingin memberi satu contoh pengiraan dan pembahagian harta pusaka berdasarkan kaedah Faraid. Di harpkan ini memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana kaedah ini dilaksanakan.

Perlu diambil perhatian, contoh yang diberikan ini adalah satu kes mudah. Kaedah pengiraan dan pembahagian Faraid ini mengikut jumlah dan kedudukan waris yang layak yang mana kita tahu tidak semua orang bakal mengalami situasi yang sama.

Untuk contoh ini saya mengambil kes di mana seorang Suami dan ketua keluarga yang terdiri daripada seorang Isteri dengan lima orang anak ( 2 lelaki 3 perempuan). Si Suami juga masih memiliki ibu bapa. Sudah ditetapkan ajal beliau sudah sampai maka berikut ialah waris yang layak untuk harta pusaka arwah:

1- Bapa arwah
2- Ibu arwah
3- Isteri arwah
4- 2 anak lelaki
5- 3 anak perempuan

Andaikan harta arwah setelah tolak:
1- Kos pengurusan jenazah
2- Selesai pembayaran hutang arwah
3- Selesai urusan wasiat

berbaki sebanyak RM 300,000 juta ringgit.

Merujuk firman Allah SWT dalam Surah An Nisa 1112
Maka kadar pembahagian harta mengikut Faraid ialah seperti berikut:

Bahagian Si Ayah kepada suami: 1/6,
Bahagian Si Ibu kepada suami: 1/6,
Bahagian Si iIteri: 1/8,
Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Bagaimana Pengiraan Berapa Setiap Waris Dapat?

Kita kena kira dulu bahagian awal iaitu bahagian kepada Si Ayah, Si Ibu dan Si Isteri arwah
Kita gunakan sistem pecahan untuk mendapatkan jumlah sebenar bahagian masing-masing.

pecahan-faraid

Dengan kaedah ni, kita akan dapat kenalpasti keseluruhan harta peninggalan arwah ada 24 bahagian. Dan kalau dibahagikan, ibu dan ayah arwah akan dapat 4 bahagian, dan isteri arwah pula akan dapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi, akan tinggal 13 bahagian lagi untuk diagih kepada anak-anak si arwah.

Mengira Nilai Per Satu Bahagian

Untuk mengetahui nilai per satu bahagian maka kita cuma perlu bahagikan nilai harta tinggalan arwah dengan jumlah bahagian yang terhasil -24

nilai-bahagian-faraid

Maka secara jelas kita dapati satu bahagian bernilai RM12,500. Dan dengan itu nilai agihan untuk bahagian berikut adalah seperti dibawah:

  • Ayah si arwah
    RM12,500 X 4 =
    RM50,000
  • Ibu si arwah
    RM12,500 X 4 =
    RM50,000
  • Isteri si arwah
    RM12,500 X 3 =
    RM37,500

Nilai Bahagian Anak-Anak

Oleh kerana bahagian untuk anak-anak ialah lebihan daripada jumlah bahagian Ayah-Ibu dan Isteri arwah maka jumlah keseluruhan lebihan tersebut ialah RM162,500. Daripada jumlah ini kita boleh tentukan bahagian untuk anak-anak arwah seperti berikut:

faraid-anak

Jumlah total tadi dibahagikan kepada 7 bahagian kerana arwah ada 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Maka nilai satu bahagian ialah: RM23,214.29

Oleh yang demikian pembahagian adalah seperti beikut:

  • Setiap anak lelaki
    RM23,214.29 X 2 =
    RM46,42.58
  • Setiap anak perempuan¬†
    RM23,214.29 X 1 =
    RM23,214.29

 

Kesimpulannya..

Contoh yang diberi di atas adalah contoh kes yang paling ringkas untuk perkongsian kefahaman bagaimana sistem Faraid digunapakai dan bagaimana untuk kita mengira pembahagian sebenar mengikut syariat Allah SWT.

Hendaklah difahami bahawa dari sudut realiti, pengiraan ini akan menjadi lebih kompleks. Dan biasanya kaedah Faraid dilaksanakan apabila persetujuan bersama waris tidak dapat dilakukan.  Selain itu ia memerlukan seorang Pengurus untuk menjayakan semua perkara dinyatakan berkenaan di atas.

Tanpa bantuan pentadbir harta pusaka, maka pengagihan harta pusaka tidak dapat dibuat kepada waris. Lantiklah seorang yang berpengalaman dan punya kapasiti untuk menjadi Pengurus Harta Pusaka anda. Buat lantikan sewaktu anda masih bernafas agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dan konfontasi setelah anda tiada lagi. Wasiat juga penting. Ingatkan diri untuk berwasiat sebab ia perkara yang amat dituntut oleh ajaran dan syariat Islam.

Jika anda perlukan seorang Pengurus Harta Pusaka yang profesional dan berpengalaman, harap dapat hubungi kami untuk kita berbincang tentang perancangan anda untuk masa depan. Konsultasi adalah percuma. Cuma hubungi kami melalui butang dan sistem chat di laman web kami ini.

Diharapkan perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

 

 

 

Biografi Pengarang

Norhasniza_Norruhadi-removebg-preview
Haniza Hadi

Haniza Hadi

Memiliki Ijazah sarjana Muda dalam Perakaunan dari UKM, Bangi Selangor pada tahun 2003 dan Master Perakaunan di UITM Shah Alam pada tahun 2008. Pengalaman dalam bidang perbankan selama 5 tahun dalam analisa pasaran serta penyediaan penyata kewangan dan antaranya berkhidmat di Johnson - Petaling Jaya dan kemudiannya menceburi bidang hartanah pada tahun 2014 di Vivahomes Realty. Di sinilah bermula pengalaman dan ilmu yang ingin beliau kongsikan bersama masyarakat berkenaan hartanah dan isu berkaitan harta pusaka.

Jika anda dapati nukilan saya ini bermanafaat kepada semua, harap kongsikan bersama. Jazakallahu khair.

Scroll to Top