fbpx

Pusaka Yang Dilupakan

Sebut je pasal pusaka , kita buat-buat tak tahu. Ye la, pusaka dan kematian sangat akrab; ibarat isi dan kuku. Tak dapat dipisahkan. Kita takut dengan kematian sampai sebut pun tak mahu. Kematian adalah satu topik taboo dalam perbualan. Seolah-olah satu undang-undang tak bertulis.

Akibatnya, apabila kita mati, pewaris kita alami pelbagai masalah berkait dengan perwarisan harta dan hutang.

Perkara berkait dengan perwarisan ni selalu kita ambil mudah. Kita anggap kalau ada harta warisan, boleh selesai sesama ahli keluarga. Kalau ada melibatkan hartanah, pergi pejabat tanah je maka semuanya akan selesaikan.

Tak!. Tidak. Bukan semudah tu.

Kalaulah semudah tu, takkanlah berpuluh-puluh billion harta pusaka beku di tangan pemegang amanah. Takkanlah pewaris menghabiskan masa yang lama dan wang ringgit yang banyak untuk turun naik mahkamah bagi mendapatkan kembali harta pusaka!

Sebagai contoh, suami isteri membeli rumah bersama. Meletakkan nama bersama sebagai pemilik rumah. Kebanyakan dari kita menyangka bahawa jika suami atau isteri meninggal, maka, rumah itu automatik akan jadi milik pasangan.

Keadaan ini benar jika ada dinyatakan di dalam wasiat dan urusan pusaka dilaksanakan sebaiknya

Malangnya, ramai daripada kita meninggalkan dunia tanpa wasiat kerana menyangka mati itu lambat lagi. Natijahnya, pewaris kita yang terpaksa menanggung kesusahan.

Rumah yang dibeli bersama untuk keselesaan isteri dan anak-anak, kini menjadi tuntutan para pewaris yang berhak iaitu ibu, ayah, dan adik beradik kita. Kita sangka ahli keluarga kita begitu baik untuk membantu isteri dan anak-anak kita, tapi duit dan harta membutakan mata mati. Tamak haloba melanda.

Sudahlah isteri kita menjadi balu dan kehilangan tempat bergantung dan terpaksa mencari nafkah untuk menyara anak-anak, kini dibebani pula dengan tuntutan mertua dan ipar duai terhadap rumah yang diduduki. Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Manalah nak dicari duit untuk membayar wang pampasan untuk rumah itu….

Paling teruk, akhirnya isteri san anak-anak dihalau keluar dan hidup merempat. Hanya kerana kesilapan kita tak melakukan pengurusan pusaka selepas kematian waris , isteri dan anak-anak kita yang terpaksa menanggung akibatnya.

Kita sayangkan isteri dan anak-anak. Kita tak mahu mereka menderita sekiranya kita pergi dulu. Ye lah, maut datang tanpa memberitahu. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin sekejap lagi.

Oleh itu, uruskan pusaka kita sekarang juga demi orang tersayang . Saya sedia membantu sebaik mungkin.

Biografi Pengarang

Norhasniza_Norruhadi-removebg-preview
Haniza Hadi

Haniza Hadi

Memiliki Ijazah sarjana Muda dalam Perakaunan dari UKM, Bangi Selangor pada tahun 2003 dan Master Perakaunan di UITM Shah Alam pada tahun 2008. Pengalaman dalam bidang perbankan selama 5 tahun dalam analisa pasaran serta penyediaan penyata kewangan dan antaranya berkhidmat di Johnson - Petaling Jaya dan kemudiannya menceburi bidang hartanah pada tahun 2014 di Vivahomes Realty. Di sinilah bermula pengalaman dan ilmu yang ingin beliau kongsikan bersama masyarakat berkenaan hartanah dan isu berkaitan harta pusaka.

Jika anda dapati nukilan saya ini bermanafaat kepada semua, harap kongsikan bersama. Jazakallahu khair.

Scroll to Top