fbpx

RM70 Bilion Harta Pusaka Tergantung

Harta Pusaka Yang Dibazirkan Kerana Tidak Ada Tanggungjawab

BERGADUH sesama waris, kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menjadi faktor hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang Melayu di negara ini tidak dituntut sejak merdeka hingga kini.

Nilai wang yang sangat besar tertanam begitu saja. Jika dicairkan ia memberi lebih manfaat kepada waris dan secara tidak langsung memajukan ekonomi orang Melayu.

Malah, jumlah itu dijangka terus bertambah dari setahun ke setahun selagi ia tidak dituntut.

Semua rekod harta berkenaan disimpan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Selain itu, agensi lain yang menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Menurut sumber, hampir 75 peratus pembahagian harta pusaka di negara ini diuruskan JKPTG yang ada 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara.

Tidak Mau Ambil Tahu atau Memang Tak Tahu?

Namun, kebanyakan kes gagal diselesaikan atas faktor sikap waris yang tidak mahu ambil tahu.

“Ada juga waris menganggap proses memohon pembahagian harta pusaka memakan masa, kos guaman mahal dan menyusahkan menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus serta paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,” katanya.

Sementara itu, Perunding Harta Pusaka, Prof Madya Azizi Zakaria berkata, kekurangan maklumat menyebabkan pembahagian harta pusaka tidak teratur sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan ahli keluarga.

Menurutnya, harta pusaka perlu ditadbir dengan baik supaya pihak yang layak mendapat hak seperti yang ditentukan dalam hukum faraid.

“Waris bukan sahaja kurang kesedaran, malah pemilik harta juga tidak membuat surat wasiat lebih awal untuk menentukan siapa pentadbir dan penerima harta apabila mereka meninggal dunia nanti.

“Apabila pemilik meninggal dunia, timbul masalah jika pewaris mengambil mudah pengurusan harta pusaka sehingga ada yang tidak dituntut,” katanya.

Berdasarkan maklumat diperoleh, Azizi berkata, kurang daripada lima peratus umat Islam yang menyiapkan surat wasiat atau dokumen bertulis sebelum kematian.

Katanya, ada harta pusaka seperti rumah dan tanah terbiar apabila waris tidak mengambil endah disebabkan khuatir melalui pelbagai lapisan proses undang-undang sebelum harta sah milik mereka.

“Perlu ada lebih kesedaran supaya harta pusaka terurus dan mereka yang layak menerima mendapat bahagian seperti ditetapkan selain waris dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Ada banyak syarikat perunding harta pusaka yang menawarkan perkhidmatan dan pengurusan harta pusaka supaya lebih terancang dan diuruskan dengan baik,” katanya.

Kesimpulannya

Tanpa sedar kita sebenarnya telah menyalahi hak mereka yang berhak dan urusan harta pusaka si mati bukan perkara main-main samada untuk hidup kita di duia malahn di akhirat. Mengikut pengalamn asaya kbanyakannya ialah akibat tidak tahu bukan perilaku lepas tangan yang disengajakan.

Tanpa bantuan pentadbir harta pusaka, maka pengagihan harta pusaka tidak dapat dibuat kepada waris. Lantiklah seorang yang berpengalaman dan punya kapasiti untuk menjadi Pengurus Harta Pusaka anda. Buat lantikan sewaktu anda masih bernafas agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dan konfontasi setelah anda tiada lagi. Wasiat juga penting. Ingatkan diri untuk berwasiat sebab ia perkara yang amat dituntut oleh ajaran dan syariat Islam.

Jika anda perlukan seorang Pengurus Harta Pusaka yang profesional dan berpengalaman, harap dapat hubungi kami untuk kita berbincang tentang perancangan anda untuk masa depan. Konsultasi adalah percuma. Cuma hubungi kami melalui butang dan sistem chat di laman web kami ini.

Diharapkan perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

Nukilan asal:
Ekhwan Haque Fazlul Haque’
ekhwan@hmetro.com.my

Biografi Pengarang

Norhasniza_Norruhadi-removebg-preview
Haniza Hadi

Haniza Hadi

Memiliki Ijazah sarjana Muda dalam Perakaunan dari UKM, Bangi Selangor pada tahun 2003 dan Master Perakaunan di UITM Shah Alam pada tahun 2008. Pengalaman dalam bidang perbankan selama 5 tahun dalam analisa pasaran serta penyediaan penyata kewangan dan antaranya berkhidmat di Johnson - Petaling Jaya dan kemudiannya menceburi bidang hartanah pada tahun 2014 di Vivahomes Realty. Di sinilah bermula pengalaman dan ilmu yang ingin beliau kongsikan bersama masyarakat berkenaan hartanah dan isu berkaitan harta pusaka.

Jika anda dapati nukilan saya ini bermanafaat kepada semua, harap kongsikan bersama. Jazakallahu khair.

Scroll to Top